JMTI De Best!!

Peserta JTM Menang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2010


Pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri Tahun 2010, Pelajar JTM, Saudara Stanleey Taiming, dalam bidang kemahiran Automobile Technologymenjulang piala yang dimenangi sambil diperhatikan oleh YB Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia dan Y.Brs. Dr. Pang Chau Leong, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri Tahun 2010 pada 19 Oktober 2010 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Seramai 35 orang pelajar JTM telah berjaya memasuki peringkat akhir PKM ke-19 Tahun 2010 bagi 11 bidang kemahiran .

Sebanyak 3 pingat Emas, 4 pingat Perak dan 4 pingat Gangsa telah berjaya diperolehi pada tahun 2010 seterusnya telah memenangi Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri buat kali ke-7 iaitu tahun 1997, 2000, 2002, 2006, 2007, 2009 dan 2010.

Lebih membanggakan, Pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri Tahun 2010 turut digondol oleh peserta dari JTM iaitu Saudara Stanleey Taiming yang memperolehi markah tertinggi daripada 162 orang peserta di peringkat akhir. Beliau merupakan pelajar semester 3, kursus Teknologi Automotif di ILP Mersing dan bekas pelajar ILP Labuan telah berjaya memenangi pingat emas dalam bidang kemahiran Automobile Technology dan seterusnya diumumkan sebagai pemenangAnugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2010. JTM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan perhargaan kepada semua pelajar, jurulatih dan institut yang telah berjaya dan semua pihak yang terlibat dalam kejayaan ini.

Senarai Pemenang Pingat:-

Pingat Emas

1. Stanleey Taiming - Automobile Technology - ILP Labuan / ILP Mersing
2. Muhammad Azmie bin Bakar - Welding - ILP Kuantan
3. Mohammad Lutfi bin Haris - IT PC/ Network Support - JMTI


Dari kiri: Mohammad Lutfi bin Haris, Stanleey Taiming dan Muhammad Azmie bin Bakar.


Semua peserta JTM yang memenangi pingat di PKM ke-19 Tahun 2010.

Pingat Perak

1. Ba Gow Chund - Mechatronics - ADTEC Batu Pahat
Mohamad Alias bin Abdul Raof - Mechatronics - Batu Pahat

2. Mohamad Shahman bin Mohd Subri - Refrigeration - ILP Kepala Batas
3. Mohd Zairi bin Kamarulzaman - Electronics - ILP Bukit Katil
4. Mohamad Borhannuddin bin Mohamad Fuad - Web Design - ILP Ipoh








Pingat Gangsa

1. Muhamad Faizal bin Md Khalid - Electronics - JMTI
2. Raja Nur Azuwa Binti Raja Harmansah - Web Design ILP Kuala Langat
3. Sankkar a/l Rajan Theran - Joinery - ILP Kuala Terengganu
4. Woo Ruey Yuen - Mechanical Engineering Design CADD - ILP Ipoh

Comments

Popular posts from this blog

List Of MSI Motherboard with type of Processor Slot

How to resize and extend centos 7 disk manually