TIPS kalau handphone masuk air
TIPS kalau handphone masuk air
Kalau handphone anda terkena hujan ke, mandi dalam mesin basuh ke, berenang dalam air kopi ke ataupun yang paling adventure terjun dalam lubang jam**n...iskkk..Jangan risau, semua tu boleh di baiki.
1. Cepat2 keluarkan handphone dari air tersebut.
2. Yang paling penting sekali cabut bateri dari handphone. Sebabnya dalam board hp ada banyak wayar2 halus yg kita tak nampak, so putuskan arus elektrik tersebut dengan mengasingkan bateri hp.
3. Keluarkan sim card anda. Lap dengan kain lembut dan keringkan. Ini untuk mengelakkan daripada anda kehilangan nombor2 telefon anda.
4. Kemudian keringkan handphone anda. Gunakan kain lap yang menyerap air seperti tuala lembut. Lapkan sekering2nya, luar dan dalam handphone, termasuk bateri tu.
5. Biarkan seketika di bawah kipas. Kalau rasa-rasa dah kering, cubalah on kan handphone anda....Semoga tips ini boleh membantu!
Tapi sekiranya hp tu terendam di dalam air yang banyak, cepat2 ler hantar servis kat kedai...