BAGI MAKLUMAN PEMEGANG SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM)SAHAJA..

1. Adakah sijil kemahiran malaysia diiktraf atau di perakui oleh MQA (pengiktrafan kerajaan) atau badan professional seperti BEM,IEM,IEEE ? adakah sijil kemahiran malaysia diiktraf oleh universiti2 antarabangsa untuk tujuan sambung belajar?

Jawapan:

Untuk makluman, terdapat tiga sektor di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) iaitu sektor kemahiran, sektor vokasional dan teknikal dan sektor pengajian tinggi. Rujuk MQF di Lampiran A. Sektor vokasional dan teknikal serta pengajian tinggi adalah di bawah bidang kuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala bagi sektor kemahiran adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ini adalah berdasarkan akta kedua-dua agensi iaitu Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) dan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652). Program latihan dan persijilan di bawah sektor kemahiran adalah tidak memerlukan proses akreditasi/ pengiktirafan MQA. MQA dan JPK dalam proses penyelarasan agar senarai program yang ditauliahkan oleh JPK dimasukkan ke dalam Malaysian Qualification Register (MQR).

Berkenaan BEM,IEM,IEEE, sehingga kini Persijilan Kemahiran Malaysia belum diktiraf oleh BEM, IEM, IEEE. Ini memandangkan badan-badan tersebut hanya mengiktiraf program-program kejuruteraan yang berbentuk akademik sahaja dan bukan berbentuk kemahiran dan teknikal seperti yang JPK laksanakan. Di dalam RMK-10 kerajaan telah mengumumkan untuk menubuhkan Lembaga Teknologis, Lembaga Teknologis ini akan mengiktiraf persijilan dalam bidang latihan kemahiran/ teknikal yang bukan memfokuskan kepada akademik.

Untuk tujuan sambung belajar di universiti luar negara adalah bergantung kepada university dan program SKM yang dijalankan. Ini memandangkan universiti tidak memberi pengiktirafan secara blanket kepada SKM untuk tujuan sambung belajar. Beberapa persetujuan ada dibuat oleh Pusat Bertauliah (Pusat Latihan) JPK dengan universiti di luar negara. Antara pusat pengajian luar Negara yang menerima SKM untuk kemasukan ialah Chisholm Institute, Melbourne, Australia, Polytechnic West Western Australia, City of Sunderland College, UK dan Wyotech Fremont, US.


2. Adakah majikan/industri/kerajaan mengiktraf kelayakan sijil kemahiran malaysia setaraf dengan sijil/diploma/ijazah yang dikeluarkan oleh universiti tempatan?Dimana pelajar lulusan sijil kemahiran malaysia boleh mendapat imbuhan/jawatan yang setaraf dengannya.

Jawapan:

Pemegang SKM tidak mempunyai masalah untuk mendapat pekerjaan dan mendapat imbuhan setaraf di sector industry. Untuk sector perkhidmatan awam (kerajaan), skim perkhidmatan awam yang mensyaratkan SKM untuk tujuan perlantikan adalah masih terhad. Walau bagaimanapun usaha telah dilakukan untuk membuka lebih banyak peluang kemasukan pemegang SKM ke dalam perkhidmatan awam termasuk:

i. JPK telah mengenalpasti 55 skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam yang bersesuaian dengan kelayakan SKM dan telah dimajukan kepada JPA untuk kelulusan.
ii. Pihak JPA dalam proses membuat kajian dan pertimbangan terhadap permohonan tersebut dengan mengambilkira pandangan daripada ketua perkhidmatan skim-skim yang berkenaan.


3. Memandangkan sijil kemahiran malaysia sehingga tahap 5 iaitu ijazah. Adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi? Iaitu master dsb..

Jawapan:
Buat masa ini, pemegang Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) adalah tidak boleh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Ini disebabkan oleh perbezaan aliran iaitu aliran kemahiran dan aliran akademik. Fokus kedua-dua aliran adalah berbeza terutamanya dari segi kandungan pembelajaran.


4. Sekiranya saya tamat sehingga tahap 4 dan ingin meneruskan pelajaran di tahap ijazah pertama di IPTA adakah saya boleh melakukan pemindahan kredit?

Jawapan:

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan IPTA dalam proses memperincikan syarat kemasukan ke IPTA dengan kelayakan DKM. Sehingga kini persetujuan dasar telah di buat agar kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda di IPTA dibuka kepada pemegang DKM/DLKM. DKM/DLKM menjadi salah satu syarat umum kemasukan. Syarat khusus program dan pemindahan kredit adalah bergantung kepada program, fakulti dan senat IPTA yang berkenaan. Pihak JPT mensasarkan untuk kemasukan Julai 2011, kelayakan DKM/DLKM telah diambil-kira.


Bolehkah membuat pemindahan kredit daripada Diploma UTM untuk menyambung belajar pada tahap 5?

Jawapan:

Buat masa sekarang, tiada polisi pemindahan kredit daripada aliran akademik ke aliran kemahiran. Ini bermakna lepasan Diploma UTM perlu menduduki SKM pada tahap yang terendah dahulu sebelum ke tahap yang lebih tinggi.


6. Berdasarkan kajian dapatan yang dilakukan oleh MOSQ berapa peratuskah pelajar lulusan SKM mendapat pekerjaan yang setara dengan krusus yang diambil? dan berapa lamakah tempoh menunggu selepas graduasi?

Jawapan:

Satu kajain telah dijalankan kepada lepasan DKM pada tahun 2007. Bagi kajian ini, sejumlah 1,157 borang soalselidik telah diedarkan dan 877 maklumbalas diterima. Dari jumlah tersebut didapati seramai 587 (66.93%) graduan DKM telah berjaya mendapat pekerjaan, 60 (6.84%) graduan telah berjaya melanjutkan pelajaran manakala selebihnya 230 (26.23%) graduan sedang mencari pekerjaan. Namun demikian, di kalangan graduan yang meperolehi pekerjaan, seramai 139 (23.68%) graduan yang bekerja di luar bidang kemahiran. Selain daripada itu, tempoh graduan mendapat pekerjaan juga diperolehi dan sebahagian besar graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang daripada 6 bulan selepas mereka tamat pengajian iaitu 549 (93.53%) graduan.

p/s..maklumat nie aku research kt group nie ILJTM Student Journal..kebanyakan nya dye org sembang pasan DLKM..seperti yg kte tau jmti menawarkan 2 silil..SkM ngan ADvan jmti..
so..stkt nie aku still mencari..advan diploma jmti bole proceed tok futher stady atau pon x. trima kasih!



http://safwansaaid.blogspot.com/

Comments

  1. Bagaimana mendapatkan pengesahan bahawa DLKM (level 5)setaraf dengan ijazah, terutamanya di agensi kerajaan?

    ReplyDelete
  2. apakah perbezaan dkm dengan dlkm??dlkm kira macam mana degree or tetap di bawah diploma

    ReplyDelete
  3. http://www.ejpk.gov.my/MQA/ProgramList1.aspx?R=2563
    boleh cari dan rujuk sini ..

    ReplyDelete
  4. dkm diiktirafkan dh belum sy comfius plz

    ReplyDelete
  5. Setare kn dhlu sijil skm dgn institut yg lain,seperti Ikm, ikbn,ilp,poli dan lain2,standard skm msh jauh ketingln,wlupn dpt melnjtkn peljrn ke tmpt yg lebh tnggi,skm perlukan lesen tauliah seperti institut yg len untk menunjk kan standard tenage mahir,bkn hya cop dri jpk

    ReplyDelete
  6. Hye...mohon share

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ade dkm dan result exam hanya dlm gred..Adakah ini sukar utk saya apply di ipta.

      Delete
    2. dkm takde mqa,, setakat ni belum ade pemindahan kredit dari aliran kemahiran ke aliran akademik,, maksudnya kalau nak masuk ipta belajar ijazah,, diploma yg kita belajar sebelum mesti ade mqa

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Dekat Singapore sijil skm tak diitiraf,untuk berkerja di overseas sijil skm tak laku untuk makluman. Bt penat belajar, kerja dlm Malaysia boleh laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sangat otak cetek, german, australia, belgium memandang tinggi sijil SKM. pegi google lagi laa ada AVETSA, BTECH, tempat yang mengiktiraf SKM secara RPL dll... bodoh punye komen.

      Delete
    2. kau nak ape dengan sijil banyak banyak tu

      Delete
    3. negara negara yang kau sebut tu diorg iktiraf TVET bukan skm setakat skm je bole buat ape dgn sijil tu,, skm tu dah nama pon sijil kemahiran malaysia mestilah org malaysia yg buat,,malaysia yg iktiraf,,mcm mne negara lain yg ko sebut tu bole iktiraf skm padahal bukan negara diorg yg buat,, da terbuktilah dkm skm ni sume takde mqa,, and takde peluang nk msuk ipta

      Delete
  10. Dekat Singapore sijil skm tak diitiraf,untuk berkerja di overseas sijil skm tak laku untuk makluman. Bt penat belajar, kerja dlm Malaysia boleh laaa.

    ReplyDelete
  11. Ahmad shukry jgn nk pertikaikan tahap pembelajaran seseorang itu pepatah pernah berbunyi something than nothing.. Kalo dah bodoh tu simpan skit nnti ko sendiri yg nmpk bodoh.

    ReplyDelete
  12. salam admin. saya sudah menamatkan skm tahap 3 untuk Operasi Khidmat Tetamu di IKBN. saya berminat utk sambung ke tahap 4&5. tetapi, saya merasa sedikit sukar utk mencari ipta yang menawarkan bidang ini. mungkin admin boleh tolong serba sedikit? terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Salam semua, saya lepasan dkm tahap 4 sistem komputer. boleh ke saya nak sambung belajar peringkat ijazah di IPTA ? dan kalau boleh IPTA manakah yang boleh menerima ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam .. boleh sambung ijazah tapi ada syarat2 nye

      Delete
    2. Adakah aliran kemahiran mempunyai tempat di peringkat tertinggi

      Delete
    3. Bole ambil ijazah tetapi ade syaratnye diploma mesti ade mqa dan matematik mesti kredit dlm spm,,jika tidak cukup setakat di sini shj kerana jpk tidak menyediakan ijazah bgi lpsn dkm jadi student perlu berpindah ke jabatan lain contoh kolej komuniti,,sjil kat situ at least ade mqa,,bersyukur saja dgn apa yg ade,,better than nothing,,tanya balik dekat kolej dkm tu bole dpt kerja dekat mana

      Delete
  14. Assalamualaikum,saye nak tanye.Ape pekerjaan yng boleh didapatkan dengan sijil skm...

    ReplyDelete
  15. jika mempunyai dkm tetapi tiada mqa ..boleh x jika mahu smbung pengajian ke peringkat ijazah di ipta

    ReplyDelete
  16. selamat sejahtera ,saya nak tanya .saya dah gred skm level 2 & 3 dan dkm tahap 4 dalam bidang komputer rangkaian .baru baru ini juga saya habis belajar VTO(vokesional teaching officer ) di ciast shah alam .Admin boleh tak bantu saya IPTA manakah yang menawarkan level 5 dalam bidang komputer rangkian.

    ReplyDelete
  17. lepasan dkm sistem komputer boleh sambung pengajian dalam software engineering tak ?

    ReplyDelete
  18. Menyesal ambil skm,nak ambil pekerjaan atau smbung institut nak ambil bidang lain, mesti nak spm, sijil skm org tdak pandang langsung pun sekarang. Kebanyakkan intitut akan tanya spm brpa, klau skm,mereka reject bulat-bulat. Akibatnya trpksa ambil spm luar. Buang masa saja.

    ReplyDelete
  19. Salam Admin,
    Saya ingin melanjutkan pelajaran Diploma Pengurusan di Politeknik. Syarat kemasukkan minimum ke poli - SKM Tahap 3 dlm bidang yg sama. Nak tahu institut pendidikan mana yang offer SKM 3 dlm bidang Pengurusan.

    ReplyDelete
  20. Nk ambil ijazah ke atas perlu ade spm,,diploma mesti ade mqa,,jika takdapat masuk poli atau uitm masuk ipts,,diploma ade mqa,,saya ambil diploma in graphic design,,alhamdulillah ade mqa,,tak sia2 pinjam ptptn,,kolej pon dekat je dengan rumah,,klau spm tidak cukup kredit utk ambil diploma,,masuk je kolej komuniti,,yg penting ade mqa,,blaja kemahiran lebih susah dari blaja akademik,,politeknik tu sama level dengan ipta sbb ade tawarkan ijazah sarjana muda,,dlm bidang akademik,,tvet tetapi ade mqa,,be a hero to yourself,,selamatkan diri anda sendiri,,merancang masa depan,,walaupun tuhan yg tentukan rezeki masing2,,yg penting kita sebagai manusia berusaha utk kejayaan

    ReplyDelete
  21. Salam nak tanya.. Skm/diploma yg tak da mqa boleh ke kalau nak mohon kerja kerajaan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktau tapi kena cuba nasib di laman web spa9

      Delete
  22. org yg belajar diploma kemahiran malaysia ni memang bobo sbb diploma kau xde mqa la cb

    ReplyDelete
  23. kolej swasta yg tawarkan diploma tanpa mqa perlu ditutup kerana yg akan jadi mangsa ialah student sebab mereka takdapat smbung blja ijazah di ipta

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

List Of MSI Motherboard with type of Processor Slot

How to resize and extend centos 7 disk manually