Program Ukhwah Fillah Bersama Anak Yatim

PROGRAM UKHWAH FILLAH BERSAMA ANAK2 YATIM

Pada 15 OKTOBER 2011 yang lalu pelajar Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer JMTI telah menjalankan satu ProgramUkhwah Fillah Bersama Anak-Anak Yatim di Rumah Permata Kasih,Permatang Pauh Pulau Pinang.Seramai 35 orang adik-adik diantara umur 6-12 tahun mengikuti program ini bersama ahli jawatankuasa Program seramai 36 orang.
Program berjalan dengan lancarnya bermula pada seawal 8.00 pagi dengan aktiviti sukaneka.Pada jam 11.00 pagi latihan dalam kumpulan(LDK 1)diadakan bersama adik2 disamping itu AJK yang lain bergotong royong memasak untuk makan tengahari di rumah itu.Setelah selasai makan tengahari semua muslimin ke surau untuk solat zohor berjemaah manakala muslimat solat di rumah tersebut.

Pada sebelah petang pula diadakan sambungan LDK 2 yang bertajuk "Abang/Kakak Ku Kasih Adik Ku Sayang".Selama 30 jam masa diambil untuk aktiviti ini yang melibatkan AJK dan adik2 bermain pelbagai permainan di rumah itu.Gotong-Royong diadakan setelah selesai LDK 2 semua AJK dan adik2 bersama2 membersihkan dan mengindahkan rumah tersebut.

Program pada petang itu diakhiri dengan majlis penutup iaitu ucapan dari wakil Rumah Permata Kasih Puan Subiha dan Ucapan dari Pengarah Projek.Jamuan ringkas diadakan pada akhir Program dan menyambut ulang tahun kelahiran yang lahir pada bulan Oktober 2011.Majlis bersurai dengan riang sekali dengan penyerahan hadiah kepada setiap adik di rumah permata kasih dan progam tamat pada jam 4.30 petang.



Sekitar Program Ukhwah Fillah Bersama Anak Yatim:
















































Comments

Popular posts from this blog

List Of MSI Motherboard with type of Processor Slot

How to resize and extend centos 7 disk manually