Pengenalan kepada Bahasa C


Sejarah

  • 1967 - Martin Richards dari Universiti Chambridge menghasilkan perisian Basic Combined Programming Language atau BCPL. Ia digunakan untuk menulis atucara pengoperasian sistem dan pengkompil.
  • 1970 - Ken Thompson mengubahsuai BCPL menjadi Bahasa B yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan Sistem Pengoperian UNIX di Bell Laboratories menggunakan komputer DEC PDP-7.
  • 1972 - Dennis Ritchie mengubahsuai Bahasa B menjadi Bahasa C. Bahasa C mula digemari setelah ia berjaya digunakan dengan meluas untuk mengahasilkan Sistem Pengoperasian UNIX.
  • 1978 - Buku 'The C Programming Language' ditulis oleh Kernighan dan Dennis telah digunakan dengan meluas dan menjadikan Bahasa C popular
  • 1983 - American National Standards Institute(ANSI) bermesyuarat untuk menyelaraskan penggunaan bahasa pengaturcraan supaya tidak bergantung kepada jenis komputer. Ia diluluskan pada tahun 1989.

Persekitaran Bahasa C

  • Editor - membenarkan anda memasukkan dan menyunting kod sumber C. Contoh Ms-Word, pengedit Turbo C.
  • Prapemproses :Memanipulasikan fail-fail cakera yang mengandungi definasi dan arahan-arahan yang berlainan yang berguna kepada pengaturcara dalam keadaan-keadaan tertentu.
  • Pengompil: Atur cara yang menukarkan atur cara C yang anda tulis ( kod sumber) ke dalam kod yang difahami oleh komputer iaitu kod objek.
  • Pemaut : Pemaut akan menggabungkan kesemua bahagian yang diperlukan (seperti fail perpustakaan) oleh aturcara C untuk menghasilkan kod perlaksanaan terakhir. Pemaut memainkan peranan yang penting dan perlu dalam kesemua aturcara C. Bagi atur cara C yang besar dan panjang, adalah menjadi kebiasaan untuk memecahkan aturcara tersebut kepada bahagian- bahagian yang lebih kecil, setiap satu dibangunkan dan diuji secara berasingan. Pemaut kemudiannya akan menggabungkan kesemua bahagian ini untuk menghasilkan satu kod atur cara perlaksanaan terakhir.
  • Pemuat : Sebelum aturcara dapat dilaksanakan, ia perlu dimuatkan ke dalam ingatan. Pemuat akan mengambil imej yang dapat dilaksanakan dari dalam cakera dan dimuatkan ke dalam ingatan.

Ciri-ciri asas C

  • Tidak bersandar kepada sesuatu sistem pengoperasian
  • Kecil dan mudah dipelajari
  • Mirip kepada Pascal- jenis data dan aliran kawalan
  • Direka bentuk untuk pengaturcaraan atas-bawah ·
  • Membenarkan reka bentuk modular
  • Bahasa yang berkesan · Mudah alih dan mudah lentur ·
  • Kawalan komputer

Asas Bahasa C

  • Elemen-elemen asas dalam aturcara C terdiri daripada :
    • set-set aksara - Set aksara terdiri daripada 92 aksara. Bahasa C sangat sensitif terhadap huruf besar (A-Z) dengan huruf kecil (a-z). Oleh itu setiap huruf ditafsirkan berbeza dalam C.
    • token - suatu elemen bahasa yang digunakan untuk membentuk bahasa peringkat tinggi. Terdapat enam jenis token iaitu :

1. kata kekunci - Kata kekunci merupakan perkataan-perkataan simpanan dan tidak boleh digunakan sebagai pencam yang ditakrifkan oleh pengguna. Ia mempunyai makna tertentu kepada pengkompil. Terdapat 32 kata kekunci dalam C iaitu auto, extern, sizeof, break, float, static, for, struct, char, goto, switch, const, if, typedef, continue, int, union, default, long, unsigned, do, register, void, double, return, volatile, else, short, while, enum, signed, case, main,

2. pengecam - Pengecam ialah nama yang diberikan untuk pelbagai elemen di dalam aturcara seperti nama pembolehubah. Dikenali juga sebagai perkataan ditakrifkan oleh pengguna. Nama pengecam mesti unik di dalam skop. Pengecam terdiri dari pembolehubah, fungsi dan tatasusunan.

§ Sifat-sifat pengecam :

§ dimula dengan huruf ( A-Z atau a-z)

§ Boleh gabungan huruf dan angka tetapi memenuhi syarat di atas

§ Huruf besar dan kecil diterima, tetapi biasanya huruf kecil

§ Huruf besar dan kecil tidak boleh saling bertukar

§ Underscore( _ ) boleh digunakan dan dianggap sebagai huruf dan boleh digunakan sebagai huruf pertama

§ Hendaklah satu perkataan dan tidak dipisahkan dengan aksara khas

§ Panjang pengecam biasanya 8 tetapi boleh sehingga 21 aksara ( 8 yang pertama diterima sebagai sama)

§ Aksara pertama mestilah huruf atau garis bawah (Underscore)

§ Tiada tempat kosong dalam penamaan pengecam

§ Pengecam boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

§ pengecaman piawai.

§ pengecaman pengguna

§ fungsi piawai.

§ Contoh pengecaman piawai : NULL

§ Contoh pengecaman pengguna : Sebarang nama yang diberikan oleh pengguna . (bukan kata kekunci)

§ Contoh fungsi piawai : main(), getchar(), putchar(), printf(), scanf()

3. pemalar - Pemalar ialah suatu entiti yang terkandung di dalam aturcara dengan nilai tetap. Terdapat beberapa jenis pemalar iaitu

§ Pemalar integer - satu jujukan digit yang boleh ditulis dengan menggunakan sistem penomboran yang berbeza tanpa mengandungi nilai pecahan:

§ Contoh : desimal: 0 1 9999 oktal : 0 01 0742 hexa : 0x 0X1 0X7FFF

§ Pemalar titik terapung- terdiri dari nombor perpuluhan atau eksponen dengan nilai negatif/positif.

§ Contoh : 10.0 2E2 2e+5

§ Pemalar aksara- terdiri dari satu aksara di dalam ' ' dan ianya mempunyai nilai.

§ Contoh : 'A' 'x' '2' '%'

4. rentetan - Rentetan - terdiri dari aksara di dalam " "

§ Contoh : "hijau" "Beverly Hills" "$2.50"

5. penanda - Penanda atau pemisah digunakan dengan banyak dalam aturcara C.

§ Contoh : array ( [ ]), ( ), { } , struktur kawalan (yang merupakan simbol koma , ), terminator/koma bertindih(; ) dan case (: )

6. pengendali - Pengendali atau Operator adalah token yang digunakan untuk menghasilkan hasil pengiraan atau tindakan.

§ Terdapat 6 jenis pengendali:

§ Pengendali aritmetik

§ Pengendali Umpukan

§ Pengendali Hubungan

§ Pengendali Logik

§ Pengendali Penokokan dan Penyusutan

§ Pengendali bersyarat

· PENGENDALI DAN UNGKAPAN

·

· Pengendali

· Pengendali adalah perwakilan yang akan memaklumkan pengkompil tentang operasi terhadap pembolehubah-pembolehubah.

· Terdapat beberapa jenis pengendali:

· Umpukan

· Digunakan untuk mengubah nilai sebarang pembolehubah. Pengendali ini dilambangkan oleh tanda = . Nilai pembolehubah di sebelah kiri berubah mengikut ungkapan di sebelah kanan.

· x = 2; bermakna nilai x diwakili oleh nilai 2

· x = x + 5; bermakna gantikan nilai x dengan nilai ungkapan x + 5

·

· Pengecam tunggal di sebelah kiri, dikenali sebagai lvalue akan diwakili oleh suatu pembolehubah dengan nilai ungkapan di sebelah kanan. Umpukan lebih daripada satu pembolehubah dibenarkan tetapi kaedahnya ialah C akan menilai ungkapan paling kanan dan nilai ini diumpukkan kepada pembolehubah di sebelah kiri satu persatu.

· x = 2; x = y = 2;

· x + 1 = x; Umpukan ini tidak dibenarkan

· a = b + 10 = c; ( Umpukan ini tidak dibenarkan)

·

· Matematik

· Terdapat 5 pengendali asas matematik:

· + Penambahan (Integer dan float)

·

· - Penolakan (Integer dan float)

·

· * Pendaraban (Integer dan float )

·

· / Bahagi (Integer dan float )

·

· % Baki (Modulus) (Integer sahaja)

·

· Keutamaan :

· C akan melakukan operasi * dan / sebelum operasi - dan +

· 1 + 2 * 5 - Pengoperasian yang dilakukan ialah 2*5 = 10 dan kemudian 1 + 10 = 11

· Umpukan Majmuk

· Jika pengendali umpukan digabungkan dengan pengendali matematik, ia akan menghasilkan pengoperasian umpukan majmuk.

· x += y; ( Tafsiran : x = x + y )

· jumlah *= nombor; ( Tafsiran : jumlah = jumlah * nombor )

·

· Penokokan dan penyusutan

· Simbol ++ dan -- digunakan untuk menunjukkan pengoperasian tersebut yang bermakna tambah nilai integer dengan 1 atau tolak dengan 1.

· Prapenokokan - x++; ( Tafsiran : x = x + 1)

· Pascapenokokan ++x; ( Tafsiran : x = x + 1)

· Prapenyusutan y--; ( Tafsiran : y = y - 1)

· Pascapenyusutan --y; ( Tafsiran : y = y - 1) -Prapenyusutan

· Bandingan dan logik

· Pengoperasian jenis ini memberikan nilai 0 atau 1 ( 0=false (palsu), 1=true (benar ))

· Pengoperasian bandingan digunakan untuk menentukan perkaitan antara sesuatu pengoperasian dengan pengoperasian yang lain.

· > Lebih besar daripada

· >= Lebih besar atau sama dengan

· <>

· <= Kurang atau sama dengan

· = = Sama dengan

· != Tidak sama

· Pengoperasian logik Kaitan antara operasi bandingan dengan operasi bandingan yang lain. Ungkapan bandingan yang digunakan ialah:

· && Dan

· || Atau

· ! Tidak

· Keutamaan :

· Susunan keutamaan dalam pengoperasian logik dan bandingan ialah Tertinggi : ! > >= <= && Terendah : ||

· Operator bersyarat : Jika sesuatu ungkapan perlu diletakkan syarat tertentu, operator ungkapan yang digunakan ialah '?'

· ungkapan 1? ungkapan 2: ungkapan 2;

· Jika m = 5, maka (m >0)? 10:100

· Keterangan :

· Ungkapan m > 0 dilaksanakan dan didapati benar (1) maka output yang diberikan ialah 10. Sebaliknya jika ungkapan yang diberikan ialah ( m <>

Struktur aturcara C

  • Setiap kod sumber C mestilah mempunyai fungsi main(). Fungsi ini adalah fungsi perlaksana aturcara C.
  • Setiap fungsi mestilah mengandungi
    • Pra-pemproses - dimula dengan simbol #
    • Argumen yang bermula dengan {
    • Perisytiharan pembolahubah
    • Pernyataan kompaun yang berakhir dengan tanda
    • Argumen yang berakhir dengan }

Berikut adalah susunan asas aturcara C

  • arahan prapemprosesan
  • int main()
  • {
  • pengisytiharan kenyataan
  • }

Contoh :

# include

/* Ini adalah atur cara C. Ia akan mencetak mesej pada skrin komputer */

main()

{ printf("Bahasa C : Bahasa Pengaturcaraan Tinggi");

}

Huraian :

#include

Memberitahu pengkompil untuk memasukkan fail piawai input/output main Menandakan di mana atur cara C memulakan perlaksanaan. Diperlukan oleh semua atur cara.

( )

Perlu muncul serta merta selepas perkataan main. Kebiasaannya maklumat yang akan digunakan oleh atur cara akan dimasukkan ke dalam parentesis ini.

/* */

Simbol ini adalah opsyen dan digunakan untuk memasukkan komen. Komen adalah merupakan catatan yang anda gunakan untuk menolong menjelaskan atur cara tersebut kepada orang lain ( pengguna). Ia diabaikan oleh pengompil.

;

Setiap pernyataan C mesti berakhir dengan semikolon. Buat masa ini, anggapkan setiap pernyataan C mengandungi satu perintah C.

{ }

Kurungan (braces) ini diperlukan dalam semua atur cara C. Ia menandakan permulaan dan penamat arahan atur cara.

Pengisytiharan dan Penakrifan

  • Pengisytiharan diperlukan untuk menentukan jenis data sementara penakrifan diperlukan untuk menentukan nilai bagi data yang diisytiharkan.
  • Pengisytiharan perlu dilakukan untuk mengetahui :
    • bagaimana data disimpan secara dalaman
    • apakah operasi yang boleh dilaksanakan ke atas data tersebut
    • bagaimana data tersebut diinterpretasikan
  • Data boleh diisytiharkan dengan singkatan int, char, float, double. Data asas tersebut boleh diperbesarkan dengan takrifan short, long, signed, unsigned.
  • Pengisytiharan perlulah dinyatakan selepas { iaitu sebelum sebarang pernyataan pelaksanaan diadakan.. Contoh Pengisytiharan int markah; float total_markah; Penakrifan markah = 90; total_markah = 50.5;
  • Pengisytiharan dan penakrifan boleh dilakukan serentak.

int markah = 90; float total_markah = 50.5;

  • Terdapat 2 jenis pengisytiharan iaitu tunggal dan berbilang.

int a; /* pengisytiharan tunggal */

int a, b, c; /* pengisytiharan berbilang */

int a = 10; /* pengisytiharan dan penakrifan tunggal *



Comments

Popular posts from this blog

List Of MSI Motherboard with type of Processor Slot

How to resize and extend centos 7 disk manually